Saturday, August 2, 2008

Bukan Untuk Kita Tapi Anak Cucu Kita.

Bila terdengar lagu nasyid Raihan teringat apa yang berlaku pada dunia sekarang ni. " Iman adalah mutiara yang tidak dapat diwarisi oleh anak yang ayahnya bertaqwa ". Kalau difikirkan lagu nasyid itu mungkin tak siapa dapat menangkap dan mengiyakan maksud itu. Walaupun si ayah adalah seorang manusia yang bertaqwa dan taqwa itu tak akan diwarisi oleh anak dengan tanpa berbuat apa-apa amal ibadat. Kalau difikirkan sekarang, apa yang dijuangkan oleh ANWAR bukan untuk dirinya tetapi untuk manusia kehadapan yang bakal lahir. Kita lihat bagaimana polis menahan seorang pejuang yang pada mereka akan mengancam negara tapi tidak kah terfikir oleh mereka yang dijuangkan dan yang dibelakan oleh ANWAR bukan dirinya tapi untuk generasi atau pewaris orang yang menahan dan menjatuhkan beliau. Adakah bapa seorang polis akan terus mewarisi kepolisan kepada anaknya? adakah ayah seorang peguam akan terus mewarisi ilmu peguam kepada anaknya? adakah anak seorang hakim akan terus mewarisi kehakiman ayahnya? Dunia ini bulat dan hukuman Allah itu benar, sekiranya apa yang kita aniaya manusia yang lain untuk mendapat nama dan pangkat didunia kita hanya senang didunia yang sementara. Tapi disana kita hanya manusia hina dan yatim.

Monday, July 28, 2008

Salam Perjuangan

Kala ini pergolakan politik sampai kemuncaknya. Bila fitnah menjadi benar, bila bukti boleh diadakan. Kita sendiri bergelumang dalam seribu pertanyaan yang tiada jawapan. Hanya perlu melihat dengan matahati yang tak pernah tipu. Tepuk dada tanya selera...